Font Size

Layout

Menu Style

Cpanel

Hindraf serah memo kepada Suhakam, bantu kes Sashikumar - TMT

memorandum suhakam 1.jpgKUALA LUMPUR, 10 Jun: Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung kes kematian banduan Sashikumar Selvam, 22, yang didakwa membunuh diri dengan menggantung dirinya di penjara Kluang pada 22 Mei.

Menurut peguam Hindraf, Kharthik Shanmugam yang juga mewakili nenek Sashikumar iaitu R. Susilarani, tujuan badan itu membawa perkara ini ke pihak Suhakam adalah supaya pihak Suhakam dapat membantu mereka memperoleh laporan bedah siasat seterusnya bantu mengadakan inkues berhubung kematian Sashikumar.

“Apa yang puan Susilarani (penjaga sah Sashikumar) ingin meminta kepada Suhakam adalah bantu dia memperoleh laporan bedah siasat yang telah pun dibuat oleh Hospital Kluang.

“Pihak hospital memberitahu yang mereka telah pun menjalankan bedah memorandum suhakam 2.jpgsiasat tetapi sejak kami buat permohonan untuk menjalankan bedah siasat kali kedua, pihak hospital mendiamkan diri.

“Sejak itu, mereka tidak membalas sebarang surat yang telah kami kemukakan malah sejak 22 Mei yang lalu sehingga ke hari ini, mereka masih belum lagi melepaskan mayat Sashikumar. Jika tidak ada mayat dan juga laporan bedah siasat bagaimana kami ingin meneruskan inkues?

“Kami juga telah membuat laporan polis pada 25 Mei lalu tetapi sehingga sekarang masih belum ada sebarang perkembangan.

“Kami tahu pihak Suhakam tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan inkues tetapi kami ingin pihak Suhakam bantu puan Susilarani dapatkan laporan bedah siasat dari Hospital Kluang, bantu dia mendapatkan semula mayat Sashikumar yang sehingga sekarang masih lagi ditahan di Hospital Kluang dan bantu beliau mengadakan inkues berhubung kematian cucunya itu,” katanya selepas menyerahkan memorandum di pejabat Suhakam disini, petang tadi.

Menurut Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee, dalam kes seperti ini, pihak Suhakam akan mengkaji terlebih dahulu setiap dokumen yang berkaitan dengan hal ini dan selepas itu barulah mereka tentukan langkah seterusnya.

“Suhakam akan mempertimbangkan perkara ini dan akan mengumumkan keputusan suruhanjaya kepada Hindraf yang juga mewakili puan Susilarani mengenai tindakan susulan,” kata Dr Khaw Lake.

Dalam kejadian pada jam 10.25 malam 22 Mei yang lalu, seorang anggota Penjara Kluang yang membuat rondaan mendapati Sashikumar yang merupakan seorang banduan telah menggantung dirinya menggunakan pakaian yang dibekalkan, di jerejak lubang angin sel penempatannya.

memorandum suhakam 3.jpgPihak penjara sebelum ini dilaporkan berkata mereka mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan banduan itu dengan menurunkannya dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan, bagaimanapun, banduan itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kluang.

Walaubagaimanpun, Susilarani yang merupakan nenek dan juga penjaga sah Sashikumar yang merupakan seorang anak yatim piatu tidak berpuas hati dengan laporan yang mengatakan cucunya itu mati kerana menggantung dirinya sendiri kerana kali terakhir dia bertemu dengan Sashikumar, dia tidak ada menunjukkan sebarang tanda-tanda yang dia akan membunuh diri.

Malah, sebagai penjaga yang sah, Susilarani turut dilarang untuk melihat sendiri mayat Sashikumar dan amat mengejutkan apabila dia dibenarkan melihat mayat cucunya itu, dia mendapati terdapat kesan-kesan lebam pada badan Sashikumar dan salah satu kuku jarinya tercabut seolah-olah dicabut secara paksa.

Sashikumar dimasukkan ke penjara selama 10 tahun atas tuduhan mencuri nasi dan dua tin sardin pada 2013.