Font Size

Layout

Menu Style

Cpanel

PERGERAKAN HINDRAF MERUPAKAN HASIL GERAKAN DEMOKRATIK SEMASA KOMUNITI INDIA MALAYSIA

兴权会运动是马来西亚印裔族群在现阶段的民主改革运动的产物 Pengarang: Nyam Kee Han (Ahli Jawatankuasa Kerja Sabahat Rakyat)
hindraf-07.jpg



















Gambar di atas merupakan muka depan sebuah buku berjudul "NOV 25 Hindraf Rally 2007" yang ditulis oleh salah seorang pemimpin gerakan Hindraf, Uthayakumar. Gambar tersebut dihasilkan melalui gabungan beberapa adegan yang mempamerkan perhimpunan besar Hindraf pada 25 Nov 2007. Gambar ini menunjukkan perasaan geram dan perjuangan komuniti India terhadap penghambaan dan penindasan berpanjangan oleh penjajah British dan klik pemerintah negara ini sehingga akhirnya masyarakat India dipinggirkan.


[Nota Editor Sahabat Rakyat] Artikel ini merupakan kertas kerja yang disediakan khas oleh Nyam Kee Han, ahli Sahabat Rakyat Working Committee, yang bersesuaian dengan salah satu kerja utama Sahabat Rakyat tahun 2015 iaitu, meneruskan kerja-kerja merentasi batasan bangsa, membantah hegemoni perkauman UMNO dan memperjuangkan hak kesamarataan bangsa. Pada 18hb Januari 2015, Sabahat Rakyat Working Committee telah bermesyuarat dan memutuskan kerja-kerja utama tahun ini.
Pada masa yang sama, Nyam Kee Han juga telah siap mengarang monograf ini. Sahabat Rakyat (termasuk pengarang) memaparkan artikel ini sebagai permulaan kepada perbincangan supaya dapat menggalakkan lebih banyak pandangan yang bernas daripada pelbagai pihak tentang persoalan-persoalan bagaimana komuniti India di negara kita terperangkap dalam dilema, bagaimana Pada 25hb November 2007, pemimpin HINDRAF menyeru semua komuniti India berhimpun di Pejabat Suruhanjaya Tinggi British untuk menyerahkan memorandum berkenaan dengan penderitaan komuniti India di Malaysia, dan menuntut sebanyak 3 trilion pound stering (atau sebanyak 1 juta ringgit setiap orang) dari pihak kerajaan England sebagai pampasan kerugian selama 100 tahun kerana mengimport mereka selaku buruh secara paksaan. Tindakan mereka adalah munasabah, adil, dan sah dari segi undang-undang. Namun begitu, klik pemerintahan BN yang didominasi oleh UMNO bertindak keras dan bertindas ke atas komuniti India kerana mereka takut seluruh dunia akan mengetahui penderitaan yang dialami oleh komuniti India di Malaysia selama ini. Walaupun pihak polis telah menggunakan pelbagai teknik untuk menghalang HINDRAF mengadakan perhimpunan, serta menuduh HINDRAF mempunyai pertalian dengan kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) untuk menakut-nakutkan komuniti India, namun begitu komuniti India tetap datang dari seluruh/setiap penjuru negara untuk berhimpun di Bandaraya Kuala Lumpur dan berarak ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi British untuk menyerah memorandum. Pada hari itu, pihak polis telah mengaturkan kumpulan pasukan polis yang besar, melepaskan gas pemedih mata dan tembakan meriam air berbahan kimia terhadap mereka yang menyertai demontrasi pada hari tersebut. Namun begitu, ia tidak mengugat keberanian rakyat yang geram untuk hadir demontrasi tersebut. Anggaran seramai 30 ribu orang dari kalangan komuniti India menyertai perhimpunan yang bersejarah tersebut. Selepas itu, kerajaan BN menggunakan Seksyen 8(1) di bawah Akta Keselamatan Negara (ISA) 1960 untuk menahan 5 pemimpin HINDRAF pada 13 Disember 2007 (Nota 16). Walau bagaimanapun, tuduhan-tuduhan yang digunakan oleh klik pemerintahan BN bukan sahaja tidak menumpaskan semangat komuniti India, sebaliknya meningkatkan lagi kemarahan komuniti India. Akhirnya lebih ramai penyokong yang datang atas kehendakan sendiri untuk memberi sokongan kepada pemimpin-pemimpin HINDRAF yang ditahan serta menyokong aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh HINDRAF. HINDRAF berkembang menjadi kekuatan massa secara pantas. mereka menuju kebangkitan serta bagaimana mereka boleh meneruskan perjuangan pada masa depan.

Artikel ini agak panjang, hujahan pengarang dibahagikan kepada 6 bahagian seperti yang berikut:

(1) Ringkasan latar belakang orang India berhijrah ke Tanah Melayu (Malaya)

(2) Dua jenis sistem perhambaan yang digunakan oleh pemerintahan kolonial British untuk mengimport buruh India

(3) Kesedaran politik komuniti India

(4) Pengaruh dasar perkauman negara kepada komuniti India

(5) Kebangkitan pergerakan HINDRAF

(6) Kesimpulan

Artikel ini menfokus kepada kebangkitan pergerakan HINDRAF. Pengarang menyimpulkan bahawa: Perjuangan HINDRAF, yang pada asalnya mensasarkan kesalahan sejarah yang dilakukan oleh penjajah British terhadap komuniti India dan kemudianya berubah menjadi menentang jajahan baru oleh UMNO dan BN, pada dasarnya merupakan lanjutan kepada pergerakan reformasi demokratik nasional yang dilancarkan dan misi sejarah yang belum tercapai oleh golongan kiri Malaya (Malaysia) dan rakyat semua bangsa. Oleh itu, perjuangan HINDRAF boleh dikatakan merupakan salah satu komponen penting yang membentuk pergerakan demokratik nasional(National democratic movement) di Malaysia. Ia juga merupakan satu hasil yang tidak dapat dielakkan dalam pergerakan demokratik semasa komuniti India Malaysia.

Pengarang membuat kesimpulan ini pada ketika terdapat sesetengah pihak yang menganggap diri sebagai parti dan pertubuhan atau individu demokratik bukan sahaja memulau dan menyerang pergerakan HINDRAF yang dilancarkan oleh komuniti India, bahkan menggambarkan pemimpin atau pergerakan HINDRAF sebagai “rasis” atau “tindakan bersifat perkauman” yang “sama seperti PERKASA”, dijangka akan mencetuskan perdebatan, tetapi ia membawa makna yang amat penting. Pengarang, dalam wacana beliau, telah menjadikan pendirian dan praktis yang diambil oleh Sahabat Rakyat Working Committee selama ini terhadap HINDRAF sebagai sokongan kepada kesimpulannya.

Artikel ini juga merupakan hasil pengajian akademik Nyam Kee Han. Nyam Kee Han terlibat dalam kerja Badan Bukan Kerajaan (NGO) selepas sahaja tamat pengajian ijazah sarjana muda Pengurusan Harta Tanah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 2007; Pada tahun 2009, pengarang menerima undangan daripada En. Diong Chi Tzuoh, pengetua Pei Chun High School di Pontian untuk menjawat jawatan Penyelia Jabatan Ko-kurrikulum di sekolah tersebut untuk menyumbangkan sedikit jasa kepada Pendidikan Menengah Bahasa Cina (Du Zhong) tetapi hasilnya tidak seperti yang dijangkakan; Setelah tamat perkhidmatannya di Pei Chun High School pada tahun 2011, pengarang melanjutkan pengajian ijazah sarjana Antropologi dan Sosiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pengarang mula mengkaji fenomena ketidaksamarataan komuniti minoriti di Malaysia. Akhirnya, pengarang memutuskan komuniti India sebagai sasaran kajian dan pergerakan HINDRAF sebagai fokus kajian. Pengarang menamatkan pengajian ijazah sarjana pada tahun 2014 dan menghasilkan tesis yang bertajuk “Kualiti Hidup Komuniti India Bandar dan Pergerakan Sosial HINDRAF”.

Artikel ini boleh dikatakan sebuah artikel yang berpandangan tajam yang berasaskan pengajian akademik pengarang dan berdasarkan pemerhatian dan penghayatan mendalam pengarang semasa penglibatannya dalam kegiatan sosial politik negara dulu dan kini. Artikel ini merupakan penterjemahan daripada teks asal dalam Bahasa Mandarin yang telah dipaparkan dalam blog Sahabat Rakyat pada 21 Februari 2015.

                  (5) KEBANGKITAN PERGERAKANHINDRAF



h.gif

Kesedaran politik komuniti India di Malaysia telah meningkat ekoran daripada kebangkitan pergerakan HINDRAF. Komuniti India telah mengenali MIC sebagai rakan gabungan politik dalam kerajaan BN bukan sahaja mengkhianati kepentingan asas komuniti India malahan menjadi pembantu penjahat kepada pemerintahan hegemoni perkauman UMNO. Komuniti India sudah sedar bahawa mereka perlu membuang MIC dari segi politik untuk menghantam klik pemerintahan UMNO dan BN. Komuniti India terpaksa menjalankan perjuangan hidup mati terhadap klik pemerintahan UMNO untuk melepaskan diri dari kesengsaraan supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka di tanah air Malaysia dengan bermaruah. Ini kerana mereka sudah tiada pilihan yang lain selain daripada itu. Maka dengan itu, orang Hindu (atau komuniti Tamil) yang paling tertindas terpaksa bersatu di bawah bendera HINDRAF untuk melancarkan serangan mereka secara pro-aktif. Maka dengan itu, satu demonstrasi yang menandakan perjuangan hak kesamarataan komuniti India telah diadakan di Bandaraya Kuala Lumpur pada 25hb November 2007. Demonstrasi ini membuat pengumuman kepada semua rakyat Malaysia dan rakyat sedunia:

● Sepanjang penjajahan kolonial British dan kemudian pemerintahan Perikatan dan BN yang didominasikan oleh UMNO, iaitu selama 150 tahun ini, komuniti India mula-mulanya ditipu oleh kerajaan British dan kemudiannya kehilangan tempat tinggal dan pekerjaan akibat daripada masalah framentasi tanah selepas kemerdekaan (1950-an ~1960-an),tiada pengaturan yang sepatutnya oleh kerajaan BN.

● Nasib yang sama menimpa apabila kerajaan Malaysia yang dulunya bergantung kepada sektor penanaman dan perladangan, telah mengalih penekanannya terhadap bidang perindustrian, mengakibatkan komuniti India sekali lagi terpaksa berhijrah dari tanah perladangan ke kawasan pinggir bandar dan bandar. Mereka sekali lagi kehilangan tempat tinggal dan pekerjaan, dan lebih teruk lagi, tempat beribadah mereka iaitu kuil Hindu turut dirobohkan secara besar-besaran oleh klik pemerintahan dengan alasan pembangunan.

● Pelbagai penderitaan dan pengalaman kejam yang dialami komuniti India telah menyedarkan mereka supaya tidak lagi percaya kata-kata penipuan klik pemerintahan.


Pada 25hb November 2007, pemimpin HINDRAF menyeru semua dokumen golongan etnik india malaysia.jpgkomuniti India berhimpun di Pejabat Suruhanjaya Tinggi British untuk menyerahkan memorandum berkenaan dengan penderitaan komuniti India di Malaysia, dan menuntut sebanyak 3 trilion pound stering (atau sebanyak 1 juta ringgit setiap orang) dari pihak kerajaan England sebagai pampasan kerugian selama 100 tahun kerana mengimport mereka selaku buruh secara paksaan. Tindakan mereka adalah munasabah, adil, dan sah dari segi undang-undang. Namun begitu, klik pemerintahan BN yang didominasi oleh UMNO bertindak keras dan bertindas ke atas komuniti India kerana mereka takut seluruh dunia akan mengetahui penderitaan yang dialami oleh komuniti India di Malaysia selama ini. Walaupun pihak polis telah menggunakan pelbagai teknik untuk menghalang HINDRAF mengadakan perhimpunan, serta menuduh HINDRAF mempunyai pertalian dengan kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) untuk menakut-nakutkan komuniti India, namun begitu komuniti India tetap datang dari seluruh/setiap penjuru negara untuk berhimpun di Bandaraya Kuala Lumpur dan berarak ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi British untuk menyerah memorandum. Pada hari itu, pihak polis telah mengaturkan kumpulan pasukan polis yang besar, melepaskan gas pemedih mata dan tembakan meriam air berbahan kimia terhadap mereka yang menyertai demontrasi pada hari tersebut. Namun begitu, ia tidak mengugat keberanian rakyat yang geram untuk hadir demontrasi tersebut. Anggaran seramai 30 ribu orang dari kalangan komuniti India menyertai perhimpunan yang bersejarah tersebut. Selepas itu, kerajaan BN menggunakan Seksyen 8(1) di bawah Akta Keselamatan Negara (ISA) 1960 untuk menahan 5 pemimpin HINDRAF pada 13 Disember 2007 (Nota 16). Walau bagaimanapun, tuduhan-tuduhan yang digunakan oleh klik pemerintahan BN bukan sahaja tidak menumpaskan semangat komuniti India, sebaliknya meningkatkan lagi kemarahan komuniti India. Akhirnya lebih ramai penyokong yang datang atas kehendakan sendiri untuk memberi sokongan kepada pemimpin-pemimpin HINDRAF yang ditahan serta menyokong aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh HINDRAF. HINDRAF berkembang menjadi kekuatan massa secara pantas.

READ MORE
http://sahabatrakyatmy.blogspot.co.uk/2015/03/pergerakan-hindraf-merupakan-hasil.htm